Friday, February 18, 2011

25 facts you may not know about me.

Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about youAt the end, choose 25 people to tag. You have to tag the person who tagged you. If I tag you it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

ak telah di tag jua oleh dua orang sahabatku..qistina and ikmal..thanks kamoo-kamoo..hee
tentang ak??
apekah yer..haha


  1. seorang aja perempuan di dalam adik beradik nya,,
  2. suka mendengar muzik tetapi xberapa nak mghafal sgt la kan lirik2 nya..nyanyi ikut hati je an..hahaha..mang layan hbs lirik lagu sedih ke an..nger
  3. suka dengar lagu kuat-kuat..klu ade speaker,mang superb hbs r..
  4. sangat menyukai lagu TANPA by six senth dan kenangan terindah by samson and deAR god by avenged sevenfold
  5. suka makan..kadang kala luar dari kebiasaan kot..ngerrr..
  6. pernah mempunyai 2 mp3 n 2 mp4..hp baru pertama dibeli seminggu sebelum msk unvrsiti..express music 5320.. 
  7. pertama kali mndpt brgan branded pada drjah 6,jam tangan (xingt brand) dr ayah dan dompet CARLO RINO dr mak lang  sempena dapat 5A upsr..
  8. tidak makan sayur..aduh..xtw r npe..xminat an..
  9. suka makan kfc..tapi xde r slalu sgt mkn an.,.dulu pnh teringin makan KENNY,alhmdullh,murah rezki,dapat jua an,.thanks dear,(^^,)
  10. sangat suka jam tangan..tapi tidak mmpunyai koleksi khas...setiap kali exam yg cmrlang,mesti minta jam tangan kat ayah..:) 
  11. sangat suka berjalan-jalan..mmpunyai impian merayau satu malaysia selagi mmgang status student:)
  12. agak pemarah..tp sekarang cube tidak ikut kan hati sgt kan..
  13. suka sgt ketawa..njoy ur life as u can right?
  14. apabila mula mnyayangi ,akan berusaha sehabis baik untuknya ..
  15. bila sedih,suka layan lagu sorg-sorg..waduh,mcm jiwg plak..haha 
  16. famly of coz syg bgat..dengan kwn2 jua..bila seorg kwn berubah mnjadi seorg shbt pd ak,smpi bila2 akn ingt n kenang dorg..ak hargai korang
  17. suka berkawan..
  18. xsuka perpisahan..
  19. suka wat sesuatu mengikut hati.jnji hati berpuas hati..tp,brfikir rasional jgk bila nk wt sesuatu.
  20.  sgt mghargai sesuatu pemberian..
  21. suka pada warna hitam dan purple
  22. suka pada bnde hiasan cm cncn,gelg tgn,rntai..
  23. akan berdiam diri jika sesuatu yg xdisukai berlaku
  24. poyo itu penting
  25. last but not least,sometime pretending you are good outside than inside is great  to become a cool person forever,,fake!hahhahahaha

erm kene tag org erk?ala.xtw r tag2 ni..hahhhaa..sorry..


  nick..nick..nick...
                                (^-^,)

                                                            

Thursday, February 17, 2011

beRceriTA TENtanG JOdoh

ni artikel yg ak bace kt fb..sgt menarik bg ak..just wanna share with u all..ku copy dr fb..

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"
"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya pendek.
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.
"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..."
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi," jelasnya dengan tenang.
"Habis mengapa putus?"
"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
Isteri Amanah
"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."
"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."
Cantik Itu Relatif dan Subjektif
"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"
"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"
"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.
"Maksud abang?"
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, "Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."
"Oh, betul juga tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."
Wasilah Memilih Jodoh
"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
"Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."
"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"
'Ah, tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.
"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."
Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."
"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
"Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."
Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
"Kerana mereka bukan orang baik," jawabnya pendek.
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.
Jodoh Urusan Allah
"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
"Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: "Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!"

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1683-bercerita-tentang-jodoh.html
dari fb in relationship with

Tuesday, February 15, 2011

salam Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571.

seperti yg kita tahu,hari ni hari kelahiran RASULULLAH s.a.w
sama-sama la kita memperingati nabi junjungan kita..
salah satu cara nya dengan berselawat..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ 
مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَا...هِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
“Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (daripada ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.” (an-Nisa’: 80)




sama-sama renungkan..Salam maulidur Rasul..

Friday, February 11, 2011

hurm..xtw la nape..
gase cm len je..
nape erk?
nk tidur,tapi xpat lor..jadi ,lyn je la lagu2 an...
keje assgmnt semaikn bertmbh..byk bgt keje an..
smpai xtw nk wt mana satu an...
makin lama,asgmnt makin bertambah..
stdy pon xde lgsg an..
huhuhu

mcm-mcm pikir..
about belajar ni lar..
tkt lor xpt catch up..hurm..
nk xnk,time managmnt kene betol an..
smpi la ni,xlrh g..
sush la ..adoi ai..huhuhu
rjin2 kn la mnyusunan kje ape yg nk d wt..
buat nye.ntah la..haha

kesimpln nya,mari la wt assgmnt yg membukit ni!!

Sunday, February 6, 2011

pulang..:(

erm setelah seminggu bercuti,
alahai..
gase cm malsnyer nak balik dah..
wuu!!!!

ingt kt rumh nk update blog,tp 
cm xde masa..
xtw la an 
wt ape smpi xde masa..
hahhaaa
keje pon xciap an.
seyes r,
mang xde wt kje lgsg ni..
adoi ai..
bak kateorg,
name pon cuti,mang kta bercuti betol la an
hahhaha

jadi,balik u,wt la kje ape yg ptt an..
hahaha
hbs r t..
hm,sem ni mcm byk kje..huhu

arrgghh!
xnak balik melaka..!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, February 1, 2011

David Choi - By My Side Lyrics



I'm just list-en to the clock go ticking,
I am waiting as the time goes by.
I think of you with every breath I take,
I need to feel your heartbeat next to mine.
You're all I see, in everything.

I just wanna hold you,
I just wanna kiss you,
I just wanna love you all my life.
I normally wouldn't say this,
but I just can't contain it.
I want you here forever,
right here by my side.

All the fears you feel inside,
and all the tears you cry,
they're ending right here.
I'll heal your heart and soul;
I'll keep you oh so close.
Don't worry; I'll never let you go.
You're all I need, you're everything.

I just wanna hold you,
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com
I just wanna kiss you,
I just wanna love you all my life.
I normally wouldn't say this,
but I just can't contain it.
I want you here forever,
right here by my side.

No one else will ever do.
I got a stubborn heart for you.
Call me crazy, but its true; I love you.
I didn't think that it would be,
you have made it clear to me.
You're all I need.

I just wanna hold you,
I just wanna kiss you,
I just wanna love you all my life.
I normally wouldn't say this,
but I just can't contain it.
I want you here forever,
right here by my side.

love u..(^_^)

line postpaid

seyes rasa sengal jer..
taw2 je line ak mang dh tukar ke celcom an..

hahhahaa..
both i'm using celcom line..
postpaid n prepaid..
kaya r,,*gler*
erm nk tkr nombr mxis ni..
tp syg r..
dh lme kot pki nmbr ni..
adoi ai..
thanks sgt bantuan ikmal,kila n jimmy..
then,ak try la kol maxis center an...
dy kte no ak tu dh tkr an ,.
kol balik celcom cnter..
perh,sek bek la yg bhgian service tu bek je an..
lembut je hati ak ni balik ngn celcm ni..
huhu

then dy kate,papepon kene byr bil dulu,
aduh ai,mengalir duit ak der..
 minom kopi oo je la hari2 jwb nyer.nk save.huhu
kemudian,g kt maxis..
tuggu jgk t dr clcm aprved x ak nyer permhnn tkr balik an,
then,ak terminted line sengal ni..
hahahhaa
seyes r..mengong aja gse nyer..
huhuhu
hopley cept la setlekn bnde ni..huhu
esok bru nk g mxs cntre an..huhu

sabr je la yer,..