Saturday, July 27, 2013
oh ya aku rindu dia
berkurun lama aku terasa
merindui dia yang jauh berbatu
kerinduan yang mekar semekarnya
bilakah merasa mengubat rindu
ada ketika aku termenung
teringat masa lalu
sejarah hitam yang ku benci terlalu
ku jatuh terduduk menyembah
tiada tempat berpaut sudah
ku melakar ke langit di hening malam
air mata tidak terkira jatuhnya
lemah gemalai aku menghadap dunia
semangat luntur umpama tiada
tujuh purnama bayangan hitam
betapa aku meratapi sepilunya
mereka memandang penuh simpati
melihat keadaan ku menderita diri
susut badan enam kg
muka murung tiada seri
ku gagahkan jua diri
mereka tidak jemu memberi
semangat untuk aku hidup kembali
minta aku kembali seperti dahulu lagi
cerianya aku gelak ketawa aku
mereka rindu
aku menangis sepi
sungguh aku tidak kuat
aku berseorang sendiri
mengapa nasib aku begini
itu ku biarkan berlalu pergi
ku tahu DIA itu ada sentiasa
DIA Maha Adil dan Maha Mengetahui
aku pasrah menerima takdir Illahi
kini aku kembali
melihat semuanya kini
keadaan pulih seperti ku impi
aku bersyukur ke hadrat mu Illahi
ku titipkan doa semoga ini berkekalan
atas keberkatanMU aku memohon
sungguh DIA lebih mengetahui dari diriku
semoga yang terbaik akhirnya nanti
dalam setahun berlalu
hanya ku mampu memeluk banyangan wajah
kesempatan yang tiada bersua
menguatkan aku tabah berjauhan
dalam doa ku titipkan kerinduan
keikhlasan tulus diri ini
semoga dia baik sentiasa
ada kala aku dan dia
bertingkah tak semena
berselisih tanpa kira
bertikamberbicara
pada aku
itu bukannya apa
kita rindu keterlaluanya
dia
senyumnya dia aku teringat
ketawanya buat aku ceria
kuatnya sakat
buatkan aku malu tak semena
aku ketawa sendiri
tapi itu dia
ada magisnya tersendiri
yang mampu mengubah
tika ku sedih ke gembira
hakikat perlu dia sedari
aku sayang dia
ku ingin dia tahu
apa rasa aku
aku rindu dia
oh ya aku rindu dia
to my MR S ..i just love the way you are ..miss you..
good bye first year
assalamualaikum..sekarang sem 4 semua dah selesai..kiranya sem kedua aku belajar ijazah ini..lagi dua sem je lagi untuk aku habiskan degree.rasa tak sabar nak habis dah.haha....degree memang agak memenatkan jugak lah..
lagi lagi sem ni,sem yang banyak cuti.so jadi test kuiz assignment agak rushing kene buat.non stop habis keje .sampaikan tengah nak final pun ade jugak assignment kene submit.so can u imagine that.agak busy jugak lah kirenya..
menceritakan tentang sem 4 ni,yang bestnya maybe sebab dapat main futsal.haha.dah lama teringin nak main,n akhirnya dapt jugak mencuba main.klu x,bila lagi kan berpeluang nak main gitu..hehee..even tak menang,but its just enjoyable with classmates..hehe
subject sem 4 ,ade jugak yg tough,final haritu waaa little bit hard jugak certain subject..dah usaha,sekrang bertawakal hendaknya..
insyaALLAH,3 hb ogos 2013,result akan kuar..mengharapkan sangat dapat result terbaik sem ni..much hope..semoga ade peluang merasai result terbaik..
sekarang tengah short sem.sedang orang lain best2 duk rumah,ak pula shortsem.haha..tapi ok jugak.at least tak buhsan sangat.mugkin...hahaa.yang tak best sebab raya tak dapat lama sangat.sebab nanti tak lama lepas tu ada final.then kirenya lepas ni ak tak kan ade cuti semester dah..sem lepas je la merasa cuti sem...xpe,fight untuk belajr ni.aiceh .hahaaa
papepun,aku mengharapkan yang terbaik result kali ni.semoga ade peluang ni..ya ALLAH,murahkan rezki ku dan rakan rakan untuk dapat yang terbaik nanti.aminnn..
good bye sem 4,welcome sem 5 :)
Subscribe to:
Posts (Atom)